17 November , 2019 ( Kuala Lumpur , Malaysia ) –

Pada hari Ahad 17 November , Multibank Malaysia telah menganjurkan sebuah seminar trading di Bangi Golf Resort , Kuala Lumpur. Acara ini dihadiri oleh lebih dari seratus orang peserta yang berminat mengenai Multibank Group dan peluang perdagangan yang ditawarkan.

Semasa acara itu dijalankan, para peserta didedahkan kepada kebolehan dan kepelbagaian yang ditawarkan khas buat pelanggan pasaran Malaysia oleh Multibank. Antara jemputan khas yang diundang ke acara tersebut adalah En. Ahmad Faizuddin, ketua pengarang Majalah Forex Malaysia yang berkongsi mengenai analisa fundamental dan teknikal bersama dengan En Casper Tang , pemenang tempat pertama kejohanan Multibank FX Championship yang berkongsi tentang kepentingan menjaga emosi semasa trading.

Pihak pengurusan Multibank percaya bahawa pasaran Malaysia merupakan salah satu pasaran yang mempunyai kepentingan strategik kepada pertumbuhan Kumpulan dan berhasrat untuk mengadakan lebih banyak seminar bersama dengan nama – nama besar di dalam industri bagi membincangkan topik topik seperti inovasi dan taktik sepanjang tahun akan datang.