Islamic Account

Akaun Islamik

Bagi pelanggan kami yang beragama Islam, MultiBank telah menstrukturkan akaun bagi mengetepikan semua caj swap/ kredit dalam akaun mereka.

Akaun Islamik MultiBank (juga dikenali sebagai ‘Swap Free Accounts’) tidak bertukar atau memulangkan faedah bagi posisi semalaman yang bertentangan dengan kepercayaan Islam.

Faedah Akaun Islamik
Permohonan Akaun Islamik
Islamic Account Benefits
Syarat Akaun Islamik

Setiap pemegang akaun hanya mempunyai satu akaun bebas swap atau akaun swap standard pada satu-satu masa. MultiBank berhak untuk membatalkan status bebas swap yang diberikan kepada mana-mana akaun perdagangan Live sekiranya terdapat sebarang bentuk peyalahgunaan.

Apakah maksud Kadar Pertukaran?

Kadar pertukaran (swap) atau “rollover fee’ adalah yuran faedah yang dikenakan apabila anda memegang posisi terbuka semalaman. Setiap pasangan mata wang mempunyai kadar pertukaran sendiri yang dikira berdasarkan satu lot standard (100,000 unit asas) dan ditentukan oleh kadar antara bank.

Bagi kadar pertukaran terkini, sila semak kadar yang disenaraikan di platform dagangan MT4 anda.

Sila ambil perhatian bahawa berdagang spot forex, kadar pertukaran ditetapkan dua hari lebih awal. Sebagai contoh, jika dagangan dibuka pada hari Khamis, pertukaran bermula pada hari Isnin. Bagi dagangan pada hari Jumaat, pertukaran bermula pada hari Selasa.
Harap maklum bahawa kadar pertukaran tiga kali ganda pada hari Rabu sehingga hujung minggu.
Di atas adalah struktur standard terhadap kadar swap bagi dalam seluruh industry, walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pada minggu-minggu di mana terdapat hari cuti, struktur kadar pertukaran boleh diubah atas pengiraan hari cuti.

Kadar pertukaran bagi matawang yang berpasangan dengan USD sebagai matawang quote (matawang counter): saiz kontrak ×lot ×swap (mata) × turun naik minimum (mata) ×hari

Kadar pertukaran bagi matawang yang tidak berpasangan dengan USD sebagai matawang quote (matawang counter): saiz kontrak ×lot ×swap (mata) × turun naik minimum (mata) ×hari ×nilai pip pada penutupan pasaran.

Contoh:
Untuk 5 titik perpuluhan, membeli EUR/USD pada -2.2pts (mata swap), menjual pada 0pts sekiranya pelabur membuka 1 lot pada hari Isnin dan posisi ditutup pada hari Khamis, maka pembayaran hari bagi swap dagangan adalah 1+1+3=5

Kadar pertukaran dikira seperti berikut:
100,000 (saiz kontrak) ×1 lot×-2.2pts (mata swap)×0.00001(mata turun naik minimum)×5 hari=USD-11

Dalam kes 4 titik perpuluhan, mata swap ialah -0.22 dan titik turun naik minimum adalah 0.0001, maka swap adalah sama.

Select Your Card Issuer Country

Hubungi kami

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan professional kami yang beroperasi 24/5 dari pelbagai pilihan bahasa.

Dapatkan Panggilan Balik
Make call phone Live chat Chat
phone Whatsapp email Chat