Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 4 November 2026: MultiBank Group mengumumkan pembentukan Lembaga Pengarah yang majoritinya warga Emiriah bagi MultiBank Exchange Holding, platform dagangan antara bank pertama di negara BRICS dan negara sedang pesat membangun, yang mencatat nilai dagangan melebihi US$0.5 trilion pada Oktober 2026.

Naser Taher, Pengerusi MultiBank Exchange Holding, mengumumkan barisan ahli Lembaga Pengarah seperti berikut:

•    Yang Teramat Mulia Sheikh Juma bin Maktoum bin Juma Al Maktoum, Ahli Lembaga Pengarah.
•    Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Saqr bin Rashid Al Nuaimi, Ahli Lembaga Pengarah.
•    Yang Terutama Mohammed Al Hakim, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah.
•    Yang Terutama Ali bin Khalid bin Zayed Al Falasi, Ahli Lembaga Pengarah.
•    Yang Terutama Rashid Sultan Al Malik, Ahli Lembaga Pengarah.
•    Encik Majid Al Ghaslan, Ahli Lembaga Pengarah.
•    Encik David Ogg, Ahli Lembaga Pengarah.

Lembaga Pengarah akan menyelia dan membimbing operasi MultiBank Exchange, memperkukuh tadbir urus korporat, menyokong pertumbuhan dan pengembangan antarabangsa, serta membangunkan perkongsian pelaburan dan kewangan di peringkat serantau dan global, selaras dengan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkenaan.

MultiBank Exchange, sebahagian daripada MultiBank Group, ialah platform dagangan antara bank yang menyediakan perkhidmatan kepada bank, institusi kewangan, dana lindung nilai, pejabat pengurusan kekayaan keluarga dan broker derivatif. Platform ini menghubungkan lebih 30 bank dan penyedia kecairan bertaraf utama, dengan volum dagangan harian sehingga US$23 bilion (AED 84 bilion) serta akses kepada lebih 250 mata wang.

Platform ini ialah platform dagangan antara bank pertama di dunia yang menawarkan pasangan yang terdiri daripada dua mata wang eksotik, dengan penyelesaian dalam mata wang fiat dan aset digital. Enjin pemadanan pesanannya beroperasi pada kelajuan 400 nanosaat, menjadikannya yang terpantas dalam sejarah dagangan antara bank. Ia juga merupakan platform dagangan antara bank pertama yang menawarkan perkhidmatan kredit dan penyelesaian kepada semua pihak lawannya.

Naser Taher, Pengasas dan Pengerusi MultiBank Group, berkata: “Pembentukan Lembaga Pengarah ini menghimpunkan pengalaman yang akan membantu membimbing pembangunan dan pengembangan antarabangsa MultiBank Exchange. Saya mengalu-alukan rakan-rakan ahli Lembaga Pengarah dalam usaha bersama untuk memperkukuh hubungan antara institusi kewangan di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS dan pasaran sedang pesat membangun yang lain dengan sistem kewangan global. Tumpuan kami adalah untuk membina infrastruktur teknologi, kecairan dan penyelesaian yang diperlukan oleh institusi ini bagi menyertai pasaran antarabangsa dengan lebih berkesan.”

MultiBank Exchange menggabungkan kecairan institusi dengan perkhidmatan penyelesaian melalui anak syarikat kumpulan yang dikawal selia di Australia, Singapura dan UAE. Ia merupakan platform dagangan antara bank pertama di pasaran sedang pesat membangun yang menyokong penyelesaian dalam aset digital.